Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, April 14, 2012

Kisah Tungau, Phimosis dan Berkhatan

Kanak-kanak kecil kadangkala mendapat keradangan (kulit kemerah-merahan) di bahagian hujung "bird"nya...Apa itu bird...sudah tentu kita semua pahamkan...macam macam panggilan untuk senjata lelaki tersebut untuk disesuaikan dengan peringkat umur kanak-kanak. Ada yang panggil "ubi", "burung" "anu"...Kalau dah dewasa guna pulak perkataan yang agak bombastik sikit..."awang botak","keris tumpul", "abang pendek"...
Inilah yang berlaku terhadap satu-satunya putera aku...dah hampir 2 bulan lepas rasanya birdnya mula kemerah-merahan...so macam biasalah tanya orang tua, katanya Tungau..kalau kita cari info pasal tungau ni, tungau adalah sejenis hama yang mungkin dok pi gigit bird anak aku ni. So mak mertua aku suggestkan supaya guna minyak masak untuk mengahalau tungau tersebut, tetapi orang rumah gunakan minyak Johnson...Alhamdulillah nampak kesannya berkurangan...
Namun begitu benda ni datang lagi pada anak aku pada minggu lepas, hingga menyebabkan anak aku nak kencing pun agak sakkit..bila diperhatikan birdnya, maka ada tanda-tanda membengkak..Air kencingnya pun dah semakin kecil...saluran kencingnya dah agak tertutup...
Apa lagi pada Khamis lepas terpaksa ke klinik dan doktor memberitahu bahawa anak aku kena Phimosis dan cara terbaik adalah disunatkan..Apa itu Phimosis...secara ringkasnya Phimosis adalah keadaan dimana hujung kulit luar bird menyempit, sehingga terdapat sisa air kencing yang tertimbun di bahagian kulit penutup kepala bird. Phimosis terjadi kerana banyak kotoran yang mendapdi dalam kulup. Bila tidak dibuang, kotoran tersebut boleh menyebabkan bau busuk, bahkan infeksi. Kotoran itu antara lain berasal dari sisa kencing yang tidak habis keluar.
Keputusan akhirnya...anak aku terpaksa disunatkan jugak pada waktu malamnya di Klinik Mazmedik,Taman Bukit Dahlia...Puteraku dah besar sekarang...

1 comment: